Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mangsa banjir dapat TV dan peti sejuk

30 DIS: Setiap keluarga mangsa bencana banjir baru-baru ini bakal menerima seunit televisyen dan barangan lain seperti peti sejuk daripada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Multimedia.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan cuba mengagihkan set televisyen berkenaan secepat mungkin dengan anggaran keseluruhan ialah kira-kira 30,000 unit untuk mangsa banjir di Terengganu dan Pahang.

“Dalam sistem telekomunikasi, televisyen bukan sesuatu yang mewah tetapi keperluan untuk orang dapatkan maklumat dan sebagainya,” kata beliau yang berpendapat dua barangan itu kini adalah dalam kategori antara barang keperluan dan bukan lagi lambang kemewahan.

SKMM akan agih 30,000 unit TV dan peti ais baru bagi gantikan yang rosak akibat banjir secepat mungkin.

SKMM akan agih 30,000 unit TV dan peti ais baru bagi gantikan yang rosak akibat banjir secepat mungkin.

Dua jenis barangan berkenaan adalah antara yang paling banyak rosak ditenggelami banjir dan dengan kementerian membantu menyediakan gantinya diharap dapat membantu meringankan beban keluarga yang menjadi mangsa, katanya.

“Dulu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) beri komputer 1Malaysia, dalam konteks sekarang (bencana banjir) kita bagi televisyen,” katanya dalam sidang media selepas Program bantuan sekolah kepada mangsa banjir di Kemaman, Terengganu, Isnin.

“Satu keluarga satu, cuba dalam masa sebulan, stok yang ada kualiti, munasabah untuk 30,000 keluarga,” katanya.

Pada majlis hari ini, Yayasan Al-Bukhary dan beberapa NGO termasuk Kelab Putera 1Malaysia dan Puteri Umno menyampaikan bantuan pakaian dan beg sekolah kepada 3,839 pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, DUN Kijal dan DUN Chukai manakala esok bantuan akan disampaikan kepada 4,733 penerima di DUN Air Putih.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 December 2013 2:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: