Kategori Berita Utama

Mangsa banjir bersyukur bantuan Kerajaan Persekutuan tidak putus

10 NOV: Rakyat Pulau Pinang berpuas hati dengan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan selepas negeri itu dilanda bencana banjir terburuk dalam sejarah pada minggu lalu.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya berkata, penduduk Pulau Pinang terutamanya di kawasan parlimennya bukan sahaja berterima kasih, malah berpuas hati dengan bantuan pasca banjir yang tidak putus-putus diterima daripada pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan.

“Saya berterima kasih dengan apa yang diberikan setakat ini oleh agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihak Angkatan Tentera Malaysia, Polis Di Raja Malaysia yang telah membantu penduduk di Parlimen saya menghadapi dugaan bencana banjir ini.

“Para NGO dan orang perseorangan juga ada menghulurkan bantuan dan kita ucapkan terima kasih kerana menunjukkan simpati dalam keadaan kita hendak pulih daripada bencana banjir ini,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my portal, pada Jumaat.

Bagaimanapun menurut Shabudin, pihaknya sedang memastikan segala bantuan yang diberikan itu diterima oleh setiap mangsa banjir.

“Bantuan seperti, bantal, selimut, pakaian dan peralatan memasak telah diberikan kepada mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan.

“Saya juga memastikan supaya ia diberi sama rata dan tiada seorang pun mangsa banjir terkecuali daripada menerima bantuan ini,” katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa semua mangsa banjir yang ditempatkan sementara di pusat-pusat pemindahan banjir akan pulang ke rumah masing-masing esok.

“Jika cuaca baik dan tiada amaran hujan lebat, Insyallah pada petang esok semua akan pulang ke rumah masing-masing.

“Sekarang pun ada yang dah pulang ke rumah, ada juga yang pulang sekejap untuk mencuci rumah, tapi harapnya esok semuanya dapat pulang ke rumah masing-masing,” jelasnya.

Banjir yang berlaku awal pagi 5 November lalu telah mengorbankan 7 nyawa.

Banjir tersebut berlaku berikutan hujan luar biasa yang melanda negeri itu sejak petang 4 November.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 November 2017 7:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: