Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mangsa banjir boleh tangguh bayar balik dan mohon tambah pinjaman Tekun

9 DIS: Peminjam dana Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) yang menjadi mangsa banjir dibenar membuat penangguhan bayaran balik pinjaman.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan membenarkan penangguhan itu bagi mengurangkan beban peminjam yang perniagaan mereka terjejas akibat banjir.

Selain itu, Ismail Sabri turut mengumumkan, Tekun bersedia memberikan dana dan pinjaman tambahan kepada usahawan yang menjadi mangsa banjir sekiranya mereka mahu berbuat demikian bagi membolehkan mereka mengurus dan menjalankan perniagaan selepas bencana pulih nanti.

KENINGAU 9 September 2013- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga dari kiri) menyampaikan cek TEKUN pada majlis perjumpaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Bersama Pengerusi MPPP dan Pemipin-Pemimpin Peladang Peringkat Negeri Sabah di salah sebuah hoteldi sini kelmarin.“Saya percaya, mereka menghadapi masalah kewangan untuk pembayaran semula dan kita perlu membantu mereka bagi meneruskan perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di lapan buah pusat penempatan banjir di Bera, Pahang pada petang Ahad.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Bera, Datuk A Rahman Hamzah.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, peminjam yang berhasrat membuat pinjaman tambahan perlu mengisi borang permohonan dan mengikut prosedur ditetapkan sebelum ia diluluskan.

“Tekun menyediakan dana tambahan antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi setiap usahawan agar mereka dapat menyambung perniagaan dengan lebih baik.

“Kepada peminjam yang berdisplin dan membuat bayaran mengikut jadual, Tekun bersedia menimbang sama ada jumlah bayaran pinjaman dikurangkan atau apa sahaja yang berpatutan bagi mengurangkan bebanan mereka,” tambahnya lagi.

Pada Sabtu, Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal bersetuju agensi di bawah kementeriannya membenarkan penanguhan pembayaran balik pinjaman membabitkan mangsa banjir bagi membantu meringankan beban mereka.

Ia membabitkan semua agensi di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED).

Menurut Shafie, penangguhan itu akan berkuat kuasa mulai 1 Januari hingga Jun tahun depan.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 December 2013 12:01 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: