Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mangsa banjir di Sarawak meningkat 2,320 orang

5 FEB: Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus mencatatkan peningkatan apabila 2,320 orang daripada 624 buah keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan setakat pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Mejar Ismail Mahedin berkata, kesemua mangsa terbabit ditempatkan di 20 pusat pemindahan yang dibuka di beberapa daerah yang terjejas.

“Daerah yang terlibat banjir ialah Kuching, Samarahan, Serian, Mukah dan Bintulu,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Beliau berkata, setakat ini, keadaan di kawasan terlibat dengan bencana itu masih lagi terkawal dan usaha pemantauan berterusan dijalankan dari semasa ke semasa.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 February 2018 10:36 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: