Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mangsa banjir dipindahkan di Kelantan meningkat

12 JAN: Banjir gelombang kedua di pantai Timur Semenanjung Malaysia menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di dua jajahan di Kelantan pagi Ahad bertambah kepada seramai 1,050 orang berbanding 897 orang malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata, kesemua mangsa itu terdiri daripada 178 buah keluarga yang dipindahkan berikutan limpahan air Sungai Golok di Jenob sejak pagi semalam.

Anggota polis membantu mangsa banjir di Jeli berpindah.

Anggota polis membantu mangsa banjir di Jeli berpindah.

Menurut beliau lagi, mangsa paling ramai dipindahkan adalah di jajahan Jeli iaitu seramai 999 orang yang kini ditempatkan di empat buah pusat pemindahan.

“Mereka dipindahkan di Sekolah Kebangsaan Legeh, Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas, Masjid Kampung Gemang dan Masjid Sungai Satan,” kata jurucakap berkenaan.

Di Tanah Merah pula mereka yang dipindahkan adalah 51 orang yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kulim.

Paras air Sungai Golok sudah melepasi paras bahaya pada Ahad justeru lebih ramai lagi mangsa banjir pasti terpaksa dipindahkan di Kelantan.

Paras air Sungai Golok sudah melepasi paras bahaya pada Ahad justeru lebih ramai lagi mangsa banjir pasti terpaksa dipindahkan di Kelantan.

Bacaan paras air sungai itu pada pukul 8 pagi ini adalah 24.03 meter iaitu melepasi paras bahaya 23.50 meter.

Penduduk di Rantau Panjang, Pasir Mas pula dinasihatkan mengambil langkah bersiap sedia untuk berpindah berikutan paras ais Sungai Golok di Rantau Panjang kini telah melepasi paras bahaya.

Paras bacaan kini adalah 9.43 meter melepasi paras bahaya 9 meter dan sungai-sungai utama lain juga dilaporkan terus meningkat namun belum mencecah paras bahaya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 January 2014 10:21 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: