Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mangsa banjir Sarawak dipantau kerajaan

7 FEB: Pemantuan berterusan akan dilakukan kerajaan melalui agensi berkaitan bagi memastikan bantuan banjir sampai kepada mangsa di Sarawak.

Pada masa sama, Perdana Menteri berharap mangsa banjir di negeri itu tabah serta mengikut panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

“Saya ambil maklum keadaan banjir di Sarawak.

“Kerajaan akan pastikan bantuan sampai kepada mangsa,” kata Datuk Seri Najib Razak di laman Twitter hari ini.

Sementara itu sehingga 8 malam tadi, situasi banjir beberapa daerah di Sarawak semakin buruk.

Jumlah penduduk terjejas akibat dilaporkan meningkat kepada 4,859 orang merangkumi 1,463 keluarga.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 February 2018 11:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: