Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mangsa banjir Segamat, Mersing meningkat

12 JAN: Jumlah mangsa banjir di Segamat dan Mersing mencatatkan sedikit peningkatan apabila seramai 95 orang daripada 26 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan Johor, Datuk Ayub Rahmat, berkata sehingga jam 6.45 petang semalam, dua PPS di Segamat menempatkan 51 mangsa daripada 14 keluarga, manakala dua PPS di Mersing menempatkan 44 mangsa daripada 12 keluarga.

“Di Segamat, seramai 41 mangsa daripada 12 keluarga ditempatkan di Balai Raya Gemereh 4 Batu Badak dan 10 orang daripada dua keluarga pula ditempatkan di Balai Raya Kampung Pogoh Tengah.

“Di Mersing, seramai 34 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Tenglu Besar dan 10 orang daripada empat keluarga pula ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Air Papan,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 January 2018 10:39 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: