Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mangsa banjir seluruh negara meningkat lebih 42,000 orang

6 DIS: Keadaan banjir di pantai timur Semenanjung Malaysia semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sejak malam tadi meningkat kepada 42,626 orang pagi Jumaat berbanding seramai 37,136 orang semalam.

Pahang masih merupakan negeri paling buruk dilannda bajir pada musim tengkujuh kali ini dengan 34,235 mangsa masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan Bera.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, beberapa jalan utama masih ditutup sehingga jam 9 pagi Jumaat akibat dinaiki air melebihi satu meter.

Antaranya jalan di Kilometer 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Kilometer 72 Jalan Kuantan-Segamat dan Kilometer 62 Jalan Kuantan-Rompin.

Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 27,391 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan,diikuti Rompin (2,865), Pekan (3,218), Maran, (49), Jerantut (451), Lipis (33), Temerloh (167) dan Bera 61 orang.

Sementara itu mayat dua beranak yang dikhuatiri lemas ketika meninjau keadaan rumah mereka yang dilanda banjir di Sungai Isap Jaya, Kuantan ditemui selepas dua hari usaha mencari dijalankan

Kedua-dua mayat ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi mereka dilaporkan hilang.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, mayat Megat Muhamad Nazli Jamali, 17, ditemui pada pukul 9.30 pagi Jumaat tersangkut pada sebatang pokok di kawasan tali air Taman Guru.

Manakala mayat bapanya, Jamali Ali, 45, pula ditemui kira-kira pukul 2.40 petang ini tidak jauh dari lokasi mayatnya anaknya itu ditemui.

Di KELANTAN, portal rasmi kerajaan negeri itu menyatakan jumlah penduduk yang dipindahkan di enam jajahan di negeri itu hari ini keseluruhannya 2,339 orang, dengan banjir kini merebak ke Tumpat berikutan limpahan air Sungai Golok.

Pasir Mas di Rantau Panjang menncatatkan jumlah teramai mangsa dipindahkan iaitu 1,345 orang yang ditempatkan di 10 pusat pemindahan, diikuti Kuala Krai (506), Tanah Merah (222) Pasir Puteh (219) dan Tumpat lapan orang.

Bagaimanapun tiada jalan utama yang ditutup atau kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir di Kelantan manakala cuaca baik sejak semalam menyebabkan keadaan paras air sungai surut sedikit.

Sebuah kawasan taman perumahan di Kemaman, Terengganu yang ditenggelami banjir.

Sebuah kawasan taman perumahan di Kemaman, Terengganu yang ditenggelami banjir.

Jumlah mangsa banjir Di TERENGGANU pula kekal seperti malam Khamis iaitu 6,052 orang daripada 1,559 keluarga.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Kemaman adalah 2,372 orang, Dungun 2,668 orang , Hulu Terengganu 844 orang, Setiu 99 orang dan Marang 63 orang.

Gambar udara keadaan banjir di Kluang, Johor.

Gambar udara keadaan banjir di Kluang, Johor.

Di selatan Semenanjung, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di JOHOR menurun kepada 1,825 orang pada jumaat, berbanding 2,852 orang malam tadi.

Portal bencana MKN melaporkan, 472 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Batu Pahat, manakala Kluang (155), Kota Tinggi (218), Mersing (194), Pontian (353), Segamat (425) dan Ledang lapann orang.

Cuaca di Johor cerah tanpa hujan sejak tengah malam tadi namun paras air Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat dan di Bukit Kepong masih di tahap bahaya iaitu pada 9.49 meter dan 3.62 meter.

Manakala Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat, Sungai Senggarang di Senggarang dan Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat berada pada paras berjaga-jaga.

Di MELAKA, air Sungai Kesang melimpah memaksa 25 mangsa dari Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin ditempatkan di pusat pemindahan banjir.

Penolong Setiausaha MKN Melaka, Mejar Jafri Mohamed berkata mereka belum dibenarkan pulang kerana keadaan cuaca mendung pagi ini.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 December 2013 10:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: