Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mangsa banjir terima RM500 minggu depan

13 DIS:  Tidak mahu mangsa banjir menunggu lama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan bantuan banjir sebanyak RM500 seperti yang diumumkan sebelum ini akan disalurkan selewat-lewatnya pada minggu hadapan.

Menurut Najib, bantuan tersebut akan disalurkan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

banjirpahang

Mangsa banjir akan menerima bantuan RM500 minggu depan

Walaupun jumlah yang diberi tidak besar tetapi ianya mampu untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa banjir.

“Dalam usaha membantu mangsa, Kolej Kemahiran Tinggi Mara turut menawarkan khidmat baik pulih kenderaan yang rosak akibat banjir.

“Diharap usaha-usaha ini dapat membantu mangsa banjir dalam menjalani kehidupan seharian apabila keadaan pulih seperti sediakala nanti,” katanya di laman sosial Facebook beliau, Jumaat.

Sabtu lalu, ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Najib mengumumkan bantuan sebanyak RM500 bagi setiap keluarga mangsa banjir yang sedang melanda pantai Timur.

Ahli Parlimen Pekan itu juga turut menggesa semua bank membenarkan mangsa banjir, menangguhkan pembayaran balik pinjaman mereka.

Banjir mula melanda Pantai Timur awal minggu lepas dengan Pahang menjadi negeri paling buruk dilanda bencana alam tersebut.

Selain bantuan RM500, kerajaan Pahang turut mengumumkan bantuan RM250 lagi kepada setiap keluarga mangsa banjir -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 December 2013 10:37 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: