Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mangsa culik Pulau Pom Pom tiba di Taiwan

21 DIS: Wanita warga Taiwan yang menjadi mangsa culik kumpulan pengganas Abu Sayyaf di Pulau Pom Pom sejak 15 November lalu sudah selamat dihantar pulang ke negara asalnya Sabtu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman Twitternya berkata mangsa, Chang An Wei tiba di Manila, Filipina dari Pulau Jolo tengah hari tadi sebelum berlepas ke Taiwan dengan ditemani oleh abang sulungnya, Chang Da Gong.

“Pihak berkuasa Taiwan akan membuat kenyataan akhbar pada pukul 2.30 petang ini berhubung mangsa yang selamat pulang,” kata Khalid dalam laman sosialnya jam 12.25 tengah tadi.

chang-an-wei-kidnapped

Chang An Wei atau Evelyn Chang diringi anggota polis wanita Taiwan keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taipei pada Sabtu.

Di Taipei, Taiwan, mangsa tiba jam 1.16 petang Sabtu, selepas 35 hari diculik.

Selain ibu dan kakaknya, ketibaan beliau juga mendapat liputan meluas media negara itu.

Wanita berusia 58 tahun itu kemudian memasuki sebuah van khas dan meninggalkan lapangan terbang dengan beberapa pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Luar Taiwan.

An Wei diselamatkan oleh pasukan marin Filipina kira-kira pukul 4 petang Jumaat setelah kumpulan penculik membebaskan mangsa di kawasan Barangay Liban, Talipao, Sulu.

Dalam kejadian pada 15 November lalu, suami An Wei, Lin Min Hsu, 57, ditembak mati manakala An Wei diculik kumpulan terbabit.

Semasa kejadian mereka sedang bercuti di sebuah calet “terapung” di pulau tersebut sebelum didatangi sekumpulan lelaki bersenjata.-bnbbc.my

Ketibaan An Wei yang kini menjadi balu setelah suaminya ditembak mati di Pulau Pom Pom mendapat liputan langsung televisyen Taiwan.

Ketibaan An Wei yang kini menjadi balu setelah suaminya ditembak mati di Pulau Pom Pom mendapat liputan langsung televisyen Taiwan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 December 2013 5:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: