Kategori Berita Antarabangsa

Mangsa korban banjir besar Jepun meningkat 30 orang

14 JULAI: Jumlah kematian akibat banjir besar yang berpunca daripada hujan lebat di selatan Jepun kini mencecah 30 orang, lapor pihak berkuasa semalam.

Berikutan tragedi itu, Perdana Menteri, Shinzo Abe terpaksa membatalkan lawatannya ke Estonia sebelum bergegas pulang ke Kyushu semalam untuk menenangkan penduduk serta meninjau kerosakan yang berlaku akibat bencana tersebut.

Ketika ini iaitu kira-kira seminggu selepas bencana itu bermula, beratus-ratus penduduk dilaporkan masih tinggal di gimnasium sekolah dan bangunan awam yang digunakan sebagai tempat perlindungan sementara.

Menurut pegawai tempatan, ribuan anggota polis, tentera dan pekerja penyelamat bagaimanapun masih bekerja keras untuk mencari 19 lagi mangsa yang dilaporkan hilang ketika ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 July 2017 10:16 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: