Kategori Berita Antarabangsa

Mangsa letupan bom Golok bertambah

10 APRIL: Bilangan mangsa yang cedera dalam kejadian tiga letupan bom di pekan Sungai Golok petang semalam meningkat kepada 13 orang.

Ketua Polis Sungai Golok, Kol Prayuth Wongsanti berkata  berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pihaknya sedang memburu enam individu dipercayai terbabit.

“Mangsa yang cedera terdiri daripada individu berusia 53 tahun sehingga kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun,” katanya kepada pemberita hari ini yang dipetik Bernama.

Dalam kejadian 6 petang (waktu tempatan) semalam, tiga butir bom motosikal meletup di tiga kawasan berasingan di pekan sempadan yang berhampiran dengan Rantau Panjang, Kelantan.

Laporan sebelum ini menyebut bom pertama meletup di hadapan sebuah pusat karaoke di Jalan Prachaviwat diikuti letupan kedua di hadapan sebuah restoran dan bom ketiga di belakang Hotel Plaza.

Setakat ini tiada laporan mengatakan rakyat Malaysia tercedera dalam insiden berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 April 2018 2:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: