Kategori Berita Utama

Mangsa perhambaan di London pernah diburu polis

27 NOV: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa rakyat Malaysia yang menjadi mangsa perhambaan di London selama 30 tahun merupakan Siti Aishah Abdul Wahab, seperti yang dilaporkan oleh media United Kingdom (UK).

Khalid pada sidang media Rabu memberitahu bahawa rakan sejawatnya di UK telah mengesahkan identiti wanita itu.

Wanita itu juga disahkan sebagai individu dikehendaki pihak polis pada tahun 1970-an.

Khalid berkata, polis pernah memburu dan memantau segala pergerakan mangsa ketika di London selepas dia dikesan menyertai kumpulan pelampau berfahaman komunis di negara ini.

khalidigp“Bagaimanapun saya tidak lagi melihat sebagai satu keperluan untuk dia ditangkap pihak polis apabila dia dibawa balik ke sini nanti,” katanya selepas majlis penganugerahan pingat kedaulatan negqra kepada pegawai dan anggota cawangan khas di Pulapol, Rabu.

Siti Aishah merupakan salah seorang daripada tiga wanita yang dipercayai dijadikan sebagai hamba selama lebih tiga dekad oleh pengikut fahaman Mao, warga India, Aravindan Balakrishnan dan pasangannya Chanda Pattni.

Beliau dilaporkan dijadikan hamba bersama dengan seorang wanita warga Ireland yang dikenali sebagai Josephine Herival oleh media UK, dan seorang lagi wanita, Rosie Davies yang berusia 30 tahun.

Siasatan sedang dijalankan, tetapi seorang wanita warga Malaysia, Kamar Mautam Abdul Wahab dari Jelebu, Negeri Sembilan telahpun pergi ke London kerana mempercayai bahawa salah seorang mangsa itu merupakan adiknya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 November 2013 2:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: