Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Manifesto BN jujur dan praktikal

15 MAC: Manifesto Barisan Nasional (BN) yang akan diumumkan Datuk Seri Najib Razak pada 7 April ini bukan semata-mata untuk menawan hati pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sebaliknya, ia adalah satu pelan masa depan yang jauh lebih baik berbanding apa yang dilancarkan pembangkang kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Menurut Annuar, manifesto itu jujur, prkatikal, berfikiran di luar kotak bagi menyingkap masa depan yang lebih baik dan jauh meninggalkan politik pupulis murahan yang memperatkan rakyat seperti dilakukan pembangkang.

Katanya, mnifesto BN bukan hendak menawan hati pengundi pada PRU akan datang, konsep BN ialah kita membentangkan kepada rakyat perancangan masa depan negara.

Bagaimanapun, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh enggan mengulas lanjut mengenai manifesto yang akan dibentangkan itu di Stadium Putra Bukit Jalil itu.

Katanya, manifesto itu di bawah penelitian Presiden BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 March 2018 7:44 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: