Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Manifesto BN P.Pinang ikhlas berbakti kepada rakyat

15 APRIL: BN Pulau Pinang menggariskan enam teras utama berserta 60 aku janji dalam kandungan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang dilancar hari ini.

Bertemakan ‘Selamatkan Pulau Pinang’, manifesto itu bertekad menyelesaikan masalah banjir dan alam sekitar di negeri itu sebagai teras pertama.

Teras lain adalah isu penyelesaian masalah perumahan rakyat, masalah kesesakan lalu-lintas dan pembangunan ekonomi, pembangunan kesejahteraan rakyat dan penggalakan sektor pelancongan.

Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow berkata manifesto berkenaan dirangka dengan mengambil kira pandangan kesemua parti komponen yang menerima maklum balas daripada rakyat.

“Ia bukan hanya mengambil kira faktor masa, tetapi keikhlasan dan kesungguhan untuk berbakti kepada rakyat,” katanya di Butterworth, Ahad.

Turut hadir adalah barisan kepemimpinan negeri termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 April 2018 12:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: