Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Manifesto BN Terengganu dilancar

12 APRIL: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi petang ini melancarkan Manifesto Barisan Nasional (BN) Terengganu yang direncanakan untuk mengukuhkan lagi usaha memajukan negeri dan meningkatkan tahap kesejahteraan hidup rakyat.

Bertempat di Dataran Kuala Berang, upacara itu dilakukan serentak dengan Pelancaran Jentera Pilihan Raya (BN) Parlimen Hulu Terengganu dengan kehadiran puluhan ribu penyokong parti.

Bertemakan Masa Hadapan Kita Bina Bersama, manifesto tambahan BN Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ( selain manifesto BN pusat dengan 14 teras dan manifesto Pemuda BN) itu menawarkan pelbagai lagi kelebihan bagi rakyat negeri ini.

Ia suatu sejarah kepada BN Terengganu dalam PRU, dengan langkah-langkah yang akan memberi memberi impak lebih besar dan meluas kepada rakyat sekali gus mencorakkan masa yang lebih baik dan menjanjikan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ketika berucap membentangkan manifesto itu berkata, ia dirangka dengan lima teras akujanji termasuk bagi memartabatkan agama Islam dan keharmonian agama dan meningkatkan usaha meringankan beban rakyat.

Juga bagi membina generasi TN50 ke arah revolusi industri di samping memperkasakan pendidikan sebagai asas kecemerlangan sumber manusia dan menyerlahkan lagi penglibatan aktif wanita dalam pelbagai bidang.

“Dengan pengalaman dan kesungguhan kerajaan dalam membantu rakyat, dengan rekod kepemimpinan yang baik, istiqamah menjaga Maqasid Syariah di samping banyak cerita kejayaan negeri, BN Terengganu perlu terus menjadi pilihan rakyat,” katanya.

Berikut adalah 20 titik sentuhan yang dijanjikan:

1. Mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan.

2. Pembinaan tambahan 20,000 unit Rumah Mampu Milik

3. Mewujudkan Pusat Sehenti (JobsTerengganu)

4. Mewujudkan Pelan Strategik Revolusi Industri 4.0 untuk generasi TN50.

5. Menjadikan sukan bermotor dan e-Sport sukan berimnpak tinggi.

6. Mewujudkan pusat pemindahan banjir bersepadu di setiap daerah.

7. Meluaskan rangkaian pengangkutan awam di kawasan tumpuan.

8. Mewujudkan rangkaian Sekolah Rendah Imtiaz.

9. Mewujudkan pusat hemodialisis di setiap daerah.

10. Menurunkan bayaran tol LPT2 sebanyak 50 peratus secara berperingkat.

11. Membina rumah-rumah PPR di setiap daerah.

12. Menukar status rumah PPR daripada sewa kepada sewa beli.

13. Membina LPT3.

14. Memperluaskan bantuan Program Transformasi Gerai untuk penjaja kecil dan usahawan mikro.

15. Memperkasakan pusat pengajian agama harian untuk golongan dewasa di setiap daerah.

16. Memperkenalkan Kad Harga Patut kepada mereka yang dalam senarai e-Kasih, orang kurang upaya , ibu tunggal dan anak yatim.

17. Memperluaskan program Jualan Sentuhan Rakyat di semua daerah.

18. Memastikan peluang pekerjaan dan perniagaan serta mengutamakan rakyat Terengganu dalam Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

19. Meningkatkan penglibatan golongan wanita yang berkelayakan dalam pentadbiran kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.

20. Mewujudkan Pusat Tahfiz Darul Iman di setiap daerah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 April 2018 6:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: