Kategori Analisa Isu Semasa

Manifesto PH untuk FELDA cedok polisi kerajaan

15 MAC: Kesemua iltizam Pakatan Harapan (PH) dalam manifestonya mengenai FELDA sudahpun dilaksanakan kerajaan sehingga mencapai 80 peratus.

Menurut Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad, kesemua peneroka FELDA sudah merasai manfaat yang diagihkan secara sama rata kepada mereka sekaligus menjelaskan apa yang dijanjikan pembangkang tidak munasabah.

“Sebenarnya, hampir 80 peratus dari apa yang dicadangkan PH sebenarnya sudahpun terlaksana dan sedang berjalan dalam pelbagai peringkat pada masa kini di bawah tempoh saya sebagai pengerusi.

“Sepatutnya mereka cadangkan perkara baharu, bukan mencedok apa yang terlaksana dan dijual sebagai harapan. Kalau dah ada, ia bukan benda baharu lagi.

“Dan begitu saya lihat juga beberapa cadangan yang diletakkan dalam manifesto, mereka tidak faham sebenarnya konsep melupuskan hutang dalam satu tempat sampai 50 peratus daripada hutang yang ditanggung peneroka.

“Mereka harus faham bahawa kalau dilupuskan ianya bukan satu tindakan perakaunan,” katanya di Menara FELDA, ibukota Khamis.

Jelas Shahrir, ia juga adalah tindakan yang tidak adil kerana peneroka FELDA yang sifar hutang tidak mendapat manfaat sama.

“Ada 7,000 lebih peneroka yang sifar hutang. Kalau lupus 50 peratus hutang, bagaimana dengan 7,000 lebih ini yang tak berhutang?” soalnya.

Dalam masa yang sama Shahrir turut berkata segala cadangan dalam manifesto PH tentang FELDA itu juga tidak merujuk kepada situasi sebenar dalam agensi penanaman berkelompok itu.

“Mereka mencadangkan sesuatu yang tak menepati keadaan sebenar dalam FELDA.

“Beban hutang menimbun? itu retorik. Ladang tidak diurus dengan baik? kita tidak menolak adanya masalah tapi ini pendekatan kita untuk semua.

“Kalau kita dengar cerita seolah-oleh peneroka dibeban hutang tapi mengapa ada tujuh peratus peneroka yang sifar hutang? Ini patut persoalkan, “ujarnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 March 2018 10:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: