Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Manisfesto BN untuk belia sedang dirangka

27 JAN: Pemuda BN sedang menyediakan manifesto kecil dinamakan ‘Tawaran Baru Untuk Pengundi Muda’ bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Selain itu, Pengerusinya, Khairy Jamaludin berkata pihaknya turut menyediakan beberapa manifesto kecil untuk kumpulan sasaran.

“Manifesto itu adalah akujanji yang akan menyediakan beberapa tawaran baharu kepada pengundi muda seperti soal pekerjaan, latihan dan pendidikan, keusahawan, kemudahan untuk orang muda dan perumahan.

“Kini saya sedang kumpulkan idea dari semua pihak dalam tempoh dua minggu ini untuk disiapkan sebelum diserahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan persetujuan,” katanya.

Khairy berkata demikian selepas majlis pelancaran Briged Gempur 2314 Pemuda BN di perkarangan Dewan Datuk Zainal Abidin Zin, Sabtu di Bagan Serai.

Perak menjadi negeri pertama jelajah briged berkenaan.

Briged Gempur 2314 membawa maksud ketumbukan Pemuda BN dalam mempersiapkan diri dan parti secara keseluruhan bagi memenuhi sasaran BN memenangi dua pertiga kerusi parlimen pada PRU14.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 January 2018 9:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: