Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Manisfesto PH tambahkan hutang negara

13 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan manifesto Pakatan Harapan diketuai DAP khususnya untuk menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta memansuhkan tol akan menyebabkan hutang negara bertambah tinggi.

Najib berkata, realiti tersebut yang perlu diterima oleh rakyat jika mereka percaya kepada janji Pakatan Harapan yang akhirnya bakal memberi kesan kepada generasi akan datang iaitu terpaksa menanggung bebanan hutang tersebut.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, tambahan hutang negara dijangka bertambah kepada RM416 billion jika pembangkang hendak menghapuskan tol dan GST itu.

“Pembangkang kata kita tambah hutang negara tetapi manisfesto mereka lagi dasyat akan menyebabkan negara berhutang lebih tinggi.

“Sebab itu kita tidak boleh tipu rakyat, jangan tipu rakyat. Kita tidak tipu, kita beritahu atau laksana perkara yang kita mampu bukan sekadar berjanji sahaja. Apa yang kita lakukan adalah untuk kepentingan dan kebajikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 3,000 pelajar dari seluruh negeri Perlis dalam majlis Sembang Bajet 2018 di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) kampus tetapnya di Ulu Pauh hari ini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 March 2018 11:47 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: