Kategori Berita Utama

MANTAP ubah persepsi rakyat BN relevan, pemimpin ikut peredaran

2 NOV: Tanggapan banyak pihak yang pemerintah hari ini perlu diganti kerana telah mentadbir lama sejak 1974 perlu diperbetulkan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meskipun pemerintahnya adalah sama namun pemimpin bertukar ganti bersesuaian dengan peredaran zaman.

Berikutan itu, program anjuran Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) iaitu Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) adalah platform terbaik untuk melahirkan bakal pemimpin pada generasi akan datang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi BNBBC Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Pengerusi MANTAP Datuk Razali Ibrahim, Menteri,T imbalan Menteri serta Ahli Parlimen bergambar bersama Pelatih MANTAP (VII) pada Majlis Penutup Program Internship Barisan Nasional Siri ke-7 di Parlimen

“Tagline yang digunakan di sini ialah lahirnya perintis, tapi tidak begitu kerana yang lahirnya adalah bakal-bakal pemimpin dengan syarat, jangan lari dari gelanggang, mulai hari ini saya mengiktiraf seluruh ahli MANTAP sepanjang hayat.

“Kita mendambakan kebersamaan dan jadi pemangkin dengan mengajak rakan-rakan lain untuk membetulkan persepsi BN, dimana mereka memikirkan BN perlu ditukar kerana ada yang bertanggapan sejak 1974 lagi BN adalah parti yang lama,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan MANTAP siri ke-tujuh di hadapan 100 peserta MANTAP itu di Parlimen, Rabu.

MANTAP merupakan program internship mahasiswa bersama ahli parlimen BN selama satu sesi parlimen yang berlangsung.

Sehingga kini MANTAP telah memasuki siri ketujuh dimana sesi kali ini seramai 120 pelatih telah dipilih daripada 1,368 permohonan.

Pelatih MANTAP tahun ini juga telah diberikan pendedahan secara teori dan praktikal mengenai bagaimana gerak kerja dijalankan oleh seseorang ahli parlimen.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin beramah mesra bersama Pelatih MANTAP (VII) pada Majlis Penutup Program Internship Barisan Nasional Siri ke-7 di Parlimen

Selain itu mereka diberikan pendedahan mengenai dunia politik secara dekat bagi mempersiap mereka sebagai pelapis kepimpinan di masa hadapan.

Dalam pada itu, Zahid juga menggesa supaya peserta program MANTAP untuk turut serta bersama BN dalam berkempen dan memberikan penerangan kepada orang ramai mengenai polisi dan dasar dibawa oleh kerajaan pada pilihan raya umum nanti.

“Kita kerahkan mereka untuk bersama dengan BN diseluruh 222 kawasan supaya mereka turut bergerak dengan jentera BN,” katanya lagi.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim, pada program kali ini 100 peserta itu sempat turun ke Pulau Pinang bagi membantu mangsa banjir, serta membantu ramai ahli parlimen melaksanakan tugas-tugas mereka.

Apa yang menarik, peserta MANTAP ini juga telah menyusun atur untuk debat politik dengan INVOKE dimana Rafizi Ramli sebagai pengasas NGO tersebut, namun pejabatnya tutup bila peserta MANTAP sampai di hadapan pejabatnya.

Daripada program keseluruhannya juga seramai tujuh peserta MANTAP telah diserap untuk terus sambung bekerja dengan ahli parlimen.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan Anugerah kepada Wan Aida Liana Wan Abdillah Pelatih MANTAP kepada Pengerusi BNBBC Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang juga Ahli Parlimen Johor Baharu yang memenangi Anugerah Khas Peserta MANTAP (VII) pada Majlis Penutup Program Internship Barisan Nasional Siri ke-7 di Parlimen

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 November 2017 4:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: