Kategori Berita Utama

MARA bukan peneroka haram diusir begitu saja – Annuar Musa

15 JAN : Pusat Giat MARA di Selangor tidak akan diarah pindah jika kerajaan pakatan rakyat Selangor ada sikap ‘goodwill’ terhadap usaha agensi berkenaan memberikan pendidikan kemahiran kepada belia-belia di negeri itu.

Lagipun menurut Tan Sri Annuar Musa, MARA bukannya peneroka haram boleh diusir begitu sahaja tanpa sebarang ganti rugi atau pampasan.

Menurut Pengerusi MARA itu, pihaknya sudah maklum notis oleh Pegawai Tanah dan Daerah Gombak supaya mengosongkan tanah tapak Pusat Giat MARA di Selayang.

giatmaraselayang

Pusat Giat MARA Selayang yang diarah pindah oleh kerajaan negeri akhir tahun ini

“Mereka (kerajaan negeri) tidak sabar-sabar minta kita keluar sedangkan notis sehingga 10 Disember 2014. MARA akan cari tempat lain yang sesuai,” katanya ketika diminta mengulas laporan blog dan laman sosial mengenai arahan kerajaan Selangor supaya Pusat Giat MARA Selangor berpindah.

bnbbc.my turut melaporkan Exco kerajaan negeri,  Ean Yong Hian Wah turut hadir menyerahkan notis itu kepada pihak Pusat Giat MARA Selayang.

Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh berkata, proses perpindahan akan mengambil masa kerana pusat itu menawarkan kursus elektrik dan memerlukan tempat baru yang sesuai.

 Perkara itu katanya akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis pada 28 Januari ini.

Mengulas lanjut tindakan kerajaan Selangor itu, Annuar berpendapat, jika kerajaan pakatan rakyat mempunyai sikap ‘goodwill’ mereka tidak akan bertindak demikian.

“Ketika diperintah Barisan Nasional dahulu, mereka ada sikap itu demi memberi peluang kepada belia-belia di Selangor mendapatkan pelajaran dan kemahiran untuk masa depan,” katanya.

annuarmusa

ANNUAR…MARA bukan peneroka haram

Menurut beliau, tindakan kerajaan Selangor itu menafikan hak pendidikan yang patut diperolehi oleh rakyatnya sendiri.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menegaskan, UMNO akan mempertahan kawasan tanah yang diduduki Pusat Giat MARA Selayang walaupun sudah diarah berpindah oleh kerajaan negeri Selangor bermula hujung tahun lalu. 

Katanya, pusat latihan kemahiran itu sebenarnya sudah menduduki tanah kerajaan negeri selama 20 tahun dan institusi itu penting untuk golongan remaja yang tercicir dalam akademik.

“Kita akan berusaha menggunakan apa saja yang perlu untuk mempertahankan hak kita dan berharap dapat membuat permohonan atas tanah yang diduduki oleh pusat Giatmara ini,” katanya selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul peringkat Tanjong Karang, Selasa.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sudah memutuskan memberikan tempoh 12 bulan bermula 9 Disember 2013 hingga 10 Disember 2014 kepada pusat itu untuk berpindah tanpa sebarang ganti rugi dan pampasan.

Ia kerana pusat berkenaan yang menduduki tanah seluas 11,396 kaki persegi itu sejak 20 tahun lalu tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri.

Sultan Sharafuddin bukan hanya Sultan untuk orang Melayu dan Islam tetapi adalah ketua seluruh negeri Selangor - Noh Omar

NOH…UMNO akan pertahankan tapak tersebut

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, arahan terbaru itu adalah kes kedua pihak kerajaan negeri ingin memusnahkan impian pelajar Giat MARA selepas pusat Giat MARA di Merbau Berdarah, Sabak Bernam diarahkan tutup pada pertengahan 2012.

Dalam pada itu, janji pembangkang untuk memberi perdidikan percuma bukan sahaja gagal sebaliknya mereka bertindak dengan lebih kecam dengan menutup pusat-pusat pendidikan di negeri Selangor.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata penutupan Pusat Giat MARA yang  beroperasi sejak 1993 itu, satu lagi contoh penindasan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor terhadap orang Melayu.

“Selama 21 tahun beroperasi tidak pernah ada masalah tetapi tanah berstatus TOL (Lesen Menduduki Sementara) itu kontraknya sukar untuk diperbaharui sejak 2009 lagi. Seharusnya kerajaan negeri memberi keutamaan kepada Pusat Giat MARA kerana sudah lama bertapak di situ.

“Pusat Giat MARA untuk membantu anak Melayu dalam bidang kemahiran atas kini diusir satu persatu di Selangor untuk kepentingan politik dan perniagaan Pakatan Rakyat.

Ini negeri berkebajikan apa kerana tindakan mereka tidak menggambar apa yang mereka kata? Mereka langsung tidak mengambil kisah mengenai pendidikan,” katanya.

sohaimisahadan

SOHAIMI…Mana janji pakatan rakyat beri penddidikan kepada rakyat?

Beliau membidas cadangan kerajaan Selangor menyerahkan tapak Pusat Giat MARA Selayang kepada sebuah syarikat bagi tujuan komersil dengan membina Pusat Membaik Pulih Pesawat kerana bermotifkan keuntungan perniagaan dan menidakkan usaha MARA untuk melahirkan lebih banyak modal insan dalam kemahiran vokasional.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Pelaburan MARA Berhad (PMB) menyifatkan cadangan tersebut tidak masuk akal kerana persekitraran kawasan tersebut merupakan kawasan perumahan dan kawasan riadah.

Justeru itu, beliau akan mewujudkan Jawatankuasa Bertindak Khas bagi memperjuangkan isu ini yang akan turut dianggotai oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan  persatuan penduduk yang berkaitan.-bnbbc.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 January 2014 7:23 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: