Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MARA Digital Mall catat jualan RM37.7 juta

14 MAC: Jumlah jualan terkumpul di seluruh MARA Digital setakat bulan Januari 2018 adalah sebanyak RM37.7 juta.

Menurut Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi, rekod pengunjung yang datang ke seluruh MARA Digital setakat Januari 2018 pula adalah sebanyak 2 juta orang.

“Sesungguhnya seperti pasaran kompetitif, memang ada produk yang dijual harganya murah sedikit dan ada juga yang harganya sama seperti di tempat lain.

“Ini kerana di negara kita kebanyakan produk-produk teknologi ini dibekalkan oleh pembekal yang sememangnya sudah establish. Jadi di situ terletaknya harga tetap.

“Cuma kelebihan (MARA Digital) adalah di mana margin boleh ditentukan seperti sewa yang lebih murah dan sebagainya,” katanya ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi ketika sesi soalan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelasnya lagi, jumlah keseluruhan lot yang ditawarkan MARA Digital adalah sebanyak 109 lot yang telah dimanfaatkan oleh 89 usahawan.

Untuk rekod, jumlah MARA Digital yang telah dibuka setakat ini ialah sebanyak empat buah iaitu MARA Digital Menara MARA Kuala Lumpur, MARA Digital Anggerik Mall Shah Alam (Selangor), MARA Digital Ipoh (Perak) dan MARA Digital Kuantan (Pahang).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2018 12:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: