Kategori Ekonomi

MARA muktamadkan jual hartanah di Melbourne

24 DIS: MARA Incorporated Sdn Bhd (MARA Inc) memuktamadkan penjualan hartanah 333 Exhibition Street di Melbourne, Australia pada harga A$37.5 juta (RM118 juta).

Dalam satu kenyataan, syarikat itu memaklumkan bahawa hartanah itu diambil alih pada 2013 melalui pemilikan 100 peratus pegangan saham Carlton Garden Pte Ltd pada harga A$31.0 juta (RM97.57juta).

“Ini adalah penjualan hartanah kedua MARA Inc. di Australia dan urusan penjualan dikendalikan oleh Jones Lang Lasalle (VIC) Pty Limited (JLL), firma ejen hartanah terkenal di Melbourne.

“Bangunan 333 Exhibition berkeluasan 6,528 meter persegi merangkumi enam tingkat ruang pejabat,” kata syarikat itu.

Kenyataan itu juga mneyebut MARA Inc berbuat demikian sebagai langkah menyahut saranan kerajaan dalam menggalakkan syarikat tempatan menjana pendapatan daripada pelaburan di luar negara untuk dilaburkan dalam projek tempatan, sekaligus menyumbang kepada perkembangan ekonomi Malaysia.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 December 2017 9:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: