Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Marahkan bapa, anak ditetak

26 OKT: Gara-gara berselisih selepas rakan sekerja membuat aduan kepada majikan, seorang lelaki sanggup menetak anak kawannya sampai mati.

Dalam kejadian pada Rabu, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut, manakala adik perempuan cedera parah diserang dengan parang oleh rakan bapa mereka di Kampung Lubok Kiulu, Sabah.

Kanak-kanak berusia tiga tahun itu dilaporkan kiritikal dan sedang dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata suspek bertindak nekad selepas berang dia akan dibuang kerja susulan aduan daripada bapa mangsa.

Suspek berusia 66 tahun itu ditahan jam 4 petang semalam dan di siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 October 2017 2:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: