Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Marina Mahathir saman Isma isu Comango

26 FEB: Datin Paduka Marina Mahathir pada Rabu memfailkan saman kepada Presiden Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik dan 15 ahli jawatankuasa (AJK) badan bukan kerajaan (NGO) itu atas dakwaan memfitnahnya.

Marina yang juga ahli lembaga Sisters in Islam (SIS) memfailkan saman berkenaan ekoran tindakan Isma mengedarkan 70,000 risalah bertajuk “Antara 54 NGO dalam Comango” pada 8 November 2013.

marinamahathir

Marina

Risalah itu dikatakan diedarkan di masjid sekitar Lembah Klang, Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Seremban, Samarahan (Sarawak), Melaka, Kuantan dan Kuala Terengganu.

Marina berkata, pada hari Isma mengedarkan 70,000 risalah tersebut, satu laporan bertajuk “Isma edar 70,000 risalah dedah dalang Comango” menerusi laman webnya.

Katanya, pernyataan palsu Isma berniat jahat yang membawa maksud antaranya, beliau terlibat secara peribadi dalam laporan yang diterbitkan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) sebagai anti Islam dan kurang pegangan agama sehingga diaib dan dihina.

Marina menuntut ganti rugi, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta perintah injunksi.

Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop ketika pengurusan kes di kamar beliau hari ini menetapkan 10 Mac ini untuk pihak defendan memfailkan pembelaan..

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 February 2014 1:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: