Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Maritim Malaysia selamatkan lima kelasi kapal karam di Pengerang

20 DIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menyelamat lima kelasi sebuah kapal yang karam di perairan Pengerang, Johor pada pagi Jumaat.

Pengarah Operasi Maritim Malaysia Tanjung Sedili, Komander Mustafa Kamal Abas berkata, kapal Heng Hong 168 itu dilaporkan tenggelam sekitar jam 4 pagi kerana dipukul ombak dan angin kencang.

Maritim Malaysia RescueMaritim Malaysia yang dihubungi pada jam 8 pagi oleh pengawal pantai Singapura untuk mendapatkan bantuan segera menghantar satu pasukan keselamatan.

Sebaik tiba di tempat kejadian lima anak kapal ditemui dalam bot penyelamat manakala seorang lagi terapung di laut.

Semua enam mangsa yang terselamat telah dihantar ke Singapura manakala operasi mencari dan menyelamat lima lagi anak kapal yang hilang sedang berjalan.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 December 2013 1:13 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: