Kategori Berita Utama

MAS akan siasat dakwaan wanita jumpa Fariq dalam kokpit

12 MAC: Penerbangan Malaysia (MAS) tidak dapat mengesahkan dakwaan kononnya pembantu juruterbang MH370 yang hilang, Fariq Ab Hamid telah menjemput dua orang wanita masuk ke dalam kokpit semasa penerbangan Kuala Lumpur-Phuket pada 2011 namun memandang serius dakwaan itu.

“Kami tidak dapat mengesahkan kesahihan gambar dan video berkenaan. Seperti yang anda sedia maklum, kami sedang mengalami krisis dan tidak mahu tumpuan kami dialih,” katanya.

Co-Pilot MH370 FariqDakwaan itu dibuat dalam program televisyen Australia oleh wanita bernama Jonti Roos dalam program ‘A Current Affair‘ dan turut memaparkan gambar-gambarnya bersama seorang lagi rakan, Jaan Maree, di dalam kokpit.

Menerusi program itu Jonti berkata dia dibenarkan untuk berada di dalam kokpit bersama dengan rakannya sepanjang penerbangan yang memakan masa satu jam.

Portal berita MStar bagaimanapun meaporkan MAS enggan mengulas dakwaan itu tetapi satu siasatan dalaman akan dijalankan.

Co-Pilot MH370Dalam kenyataannya MAS turut menggesa media dan orang awam agar menghormati privasi keluarga dan rakan penumpang serta anak kapal penerbangan MH370 kerana mereka sedang melalui masa yang sukar ketika ini.

“Kebajikan keluarga anak kapal dan penumpang kekal menjadi fokus kami.

“Pada masa yang sama, keselamatan penumpang adalah perkara paling penting bagi kami,” kata kenyataan MAS itu.

Laporan berkenaan turut dimuatnaik dalam laman sesawang dengan tajuk ‘Woman remembers cockpit fun with missing pilot‘ pada Selasa.

Fariq merupakan antara 12 anak kapal penerbangan MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

Penerbangan MH370, menggunakan pesawat B777-200 bertolak dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi pada 8 Mac.

Ia dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Penyelamat antarabangsa masih mencari pesawat enjin berkembar yang membawa 239 orang di atas kapal.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 March 2014 11:00 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: