Kategori Berita Utama

Masa depan anda terjamin dengan kerajaan sedia ada – Najib

16 NOV:  Masyarakat negara ini seharusnya menaruh keyakinan tinggi kepada kerajaan sedia ada yang berkeupayaan memacu negara ke arah kemakmuran dan kesejahteraan.

Mengulas perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata ia bukan sekadar omong kosong, malah pimpinan kerajaan berpijak pada bumi yang nyata supaya manfaat daripada setiap usaha mampu dirasai seluruh rakyat jelata.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama pemimpin kanan kerajaan selepas merasmikan Expo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka.

“Pendek kata, masa depan anda adalah terjamin serta ditangan yang sepatutnya.

“Tak payah pandang kiri, tak payah pandang kanan. Tak payah termakan janji apatah lagi hasutan kebencian ditabur pihak tertentu,” katanya ketika berucap merasmikan Expo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka,  ibukota, Rabu.

Ekspo yang bermula semalam hingga 15 Disember itu mengetengahkan setiap pembangunan yang dibina serta perancangan kerajaan untuk masa hadapan menerusi pameran interaktif.

Tegas Najib, kejayaan dicapai oleh kerajaan hari ini berjaya membuatkan Malaysia dihormati di persada antarabangsa.

“Kita negara berjaya, bukan boleh diperlekeh sesiapa.

“Oleh itu rakyat perlu sedar bahawa kerajaan mempunyai perancangan dan akan terus merancang lebih banyak perkara demi rakyat,” kata beliau.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 November 2017 12:37 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: