Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Masalah guru duka lara ambil 3 kriteria utama

29 NOV: Masalah guru duka lara akan diselesaikan menerusi tiga kriteria utama.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon, tiga kriteria itu adalah kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen.

Mengambil kita tiga kriteria tersebut, setakat ini kementerian pendidikan telah meluluskan 11,606 permohonan namun masih terdapat permohonan lain yang belum diselesaikan.

“Kementerian Pendidikan berusaha untuk memastikan isu guru duka lara ini dapat diselesaikan, namun isu ini akan terus wujud atas urusan perpindahan oleh pasangan baru yang sentiasa berlaku sepanjang tahun.

“Bagaimanapun kita akan cuba untuk meletakkan mereka di negeri yang hampir seperti di Kelantan dan Terengganu bagi mengurangkan beban mereka, namun kebanyakan daripada mereka enggan berpindah dan lebih sanggup untuk menunggu kita meluluskan permohonan,” katanya bagi menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Tiong King Sing di Dewan Rakyat, Rabu.

Terdahulu, King Sing meminta kementerian menyatakan berapakah jumlah guru-guru yang berkhidmat jauh dari keluarga yang telah disatukan kembali bersama dan apakah kriteria utama yang ingin diambil pihak kementerian berhubung permohonan pertukaran guru ini.

Menurut Sin Woon lagi, angka tersebut adalah berdasarkan statistik daripada 1 Januari 2016 sehingga 1 Januari 2018.

Tambahnya lagi, perpindahan guru bukan sahaja dalam isu duka lara, tetapi juga kerana faktor lain seperti sakit kronik, ancaman keselamatan serta tempoh perkhidmatan

Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Menteri Pendidikan itu juga turut menjelaskan terdapat empat negeri yang tidak lagi mempunyai kekosongan iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 November 2017 11:42 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: