Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Masalah utama penduduk dapat diselesaikan tanpa sebarang birokrasi

11 FEB: Parlimen Setiawangsa merupakan antara parlimen di Wilayah Persekutuan yang mengambil inisiatif mendapatkan peruntukan penuh daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengecat semua perumahan awam serta bangunan tanpa sebarang birokrasi.

Ahli Parlimennya, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata 38 keseluruhan bangunan yang telah di cat semula tanpa menggunakan wang daripada tabung penduduk.

“Sebelum ini sesetengah perumahan perlu membayar 10 peratus manakala 90 peratus lagi KPKT bayar maknanya kekadang 10 peratus ini bersamaan dengan RM100,000 atau RM200,000 so mana mungkin mereka dapat mengumpul duit sebanyak itu.

“Jadi kerajaan buat keputusan untuk mengecat secara percuma kepada semua bangunan ini tanpa penduduk mengeluarkan sebarang peruntukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program santai bersama perwakilan penduduk di bawah Parlimen Setiawangsa yang diadakan setiap tahun dalam memberi penerangan segala usaha dan bantuan yang telah dibuat di kawasan mereka di PWTC malam tadi.

Tambahnya dalam kelima-lima subzone di bawah Parlimen Setiawangsa terdapat 52 persatuan penduduk dan setiap persatuan mempunyai peruntukan bantuan tersendiri yang disalurkan.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Fauzi berharap agar penduduk di Parlimen Setiawangsa terus memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini.

“Jika saya terpilih untuk terus menerajui sebagai wakil rakyat untuk lima tahun akan datang saya akan memberi khidmat saya yang terbaik kepada rakyat.

“Saya konfinden dengan diri saya dengan apa yang telah saya bantu dan berbakti kepada penduduk Parlimen Setiawangsa. Walau bagaimanapun keputusan terakhir terletak kepada pucuk pimpinan.

“Saya yakin selama lima tahun persatuan penduduk berpuas hati secara keseluruhannya dengan khidmat yang telah saya berikan kepada mereka,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 February 2018 8:22 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: