Kategori Berita Utama

Masih pegang jawatan, EXCO PAS Selangor khianat parti

12 MEI : EXCO PAS serta ahli parti itu yang memegang pelbagai jawatan di Selangor perlu meletakkan jawatan serta merta sebagai tanda patuh pada keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama.

Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo melabelkan PAS Selangor sebagai ‘pengkhianat parti’ kerana dilihat masih ingkar.

“Kalau mereka tidak meletak jawatan, kepimpinan PAS Pusat perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang ingkar arahan,” katanya kepada BNBBC.my portal, Jumaat.

Ismail juga  mempersoalkan kewajaran kenyataan Pesuruhjaya PAS negeri, Sallehin Mukhyi bahawa mereka akan terus berada dalam kerajaan negeri sehingga DUN dibubarkan,

“Kalau itu yang katakan, cuba fikir takkan Majlis Syura Ulama buat keputusan tanpa fikirkan tentang mandat dan amanah yang diberi rakyat seperti yang dipertahankan exco PAS? adakah mereka membuat keputusan mewakili individu?

“Kalau tanya Azmin memanglah dia akan pertahankan sebab dia risau kalau kerajaan dia tumbang,” ujarnya lagi.

Jelas Ismail (foto), mengambil kira contoh yang berlaku di Pulau Pinang, PAS di negeri itu tidak duduk di bawah pentadbiran kerajaan negeri meskipun diberi mandat oleh rakyat.

Pada ketika ini PAS Selangor diwakili tiga exco iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib selain pelbagai jawatan lain yang dipegang oleh akar umbi di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan

 

Tegas beliau, tiga EXCO perlu menghormati keputusan Majlis Syura Ulama tanpa melakukan perbincangan lanjutan dengan PKR.

“PAS juga tidak perlu lagi melayan kerenah PKR yang ingin berbincang dengan mereka.

“Sebab sekiranya PAS membuat keputusan yang sebaliknya, semua pihak akan menganggap PAS tiada pendirian kerana membuat keputusan U-turn,” kata Ismail lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 May 2017 12:48 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: