Kategori Ekonomi

Masnizam Hisham dilantik CEO PRASARANA

18 JAN: Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) melantik Masnizam Hisham sebagai Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO)yang baharu bagi Prasarana Malaysia Bhd (PRASARANA).

Kenyataan pada hari ini oleh Kementerian Kewangan menyebut pelantikan itu adalah bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa serta-merta, menggantikan Datuk Seri Azmi Abdul Aziz yang tamat tempoh perkhidmatan pada hujung Disember lalu.

Masnizam sebelum ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Prasarana Integrated Management and Engineering Services Sdn Bhd (PRIME), anak syarikat milik penuh Prasarana.

Beliau berkhidmat di Prasarana selama 12 tahun dari tahun 2005 sebagai Ketua Bahagian Perundangan dan Setiausaha Syarikat di RapidKL selain menjawat Ketua Bahagian Perolehan Kumpulan, Ketua Bahagian Komunikasi dan Pemasaran Strategik serta Ketua Pegawai Perkhidmatan Infrastruktur Prasarana.

“Dengan pelantikan itu, adalah diyakini bahawa beliau berupaya memastikan kecekapan dan keberkesanan pengurusan serta operasi Prasarana dapat diteruskan dan dipertingkatkan.

“MKD merakamkan penghargaan kepada Azmi yang memberikan perkhidmatan cemerlang sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana sebelum ini,” kata kenyataan itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 January 2018 2:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: