Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mat Nadzari: ADUN HARAPAN, PAS takut kalah PRU

13 SEPT: ADUN dari Pakatan Harapan dan PAS di Selangor dilihat semakin panik sehingga sanggup membuat tindakan berbentuk ‘flip flop’ demi mengekalkan kedudukan mereka selepas PRU ke-14 nanti.

Tegas Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, situasi itu sebenarnya sudah diduga.

“Ini menunjukkan mereka dan parti masing-masing tidak mempunyai prinsip dan perdirian yang tetap.

“Mereka bimbang kehilangan kerusi yang dimenangi dan ini menyebabkan ‘true colour’ mereka terbongkar kerana mahu jadi wakil rakyat sebab memenuhi kehendak peribadi,” dakwa ADUN Batang Kali itu.

Tambah Mat Nadzari, pendirian yang tidak tetap oleh wakil rakyat Harapan dan PAS sudah berlaku berlaku di negeri tersebut sejak mereka menawan Selangor pada 2008.

“Saya harap rakyat Selangor nampak perkara ini, bagaimana nasib rakyat negeri ini tidak dipedulikan apabila wakil rakyat yang dipilih asyik sibuk berpolitik,” bidas beliau ketika dihubungi BNBBC.my portal, Rabu.

Respon Mat Nadzari itu menyusul selepas bekas Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman dilaporkan berkata terdapat keperluan untuk parti Islam mengadakan perbincangan untuk menjalinkan kerjasama politik dengan PKR di negeri itu

Bagaimanapun Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad dilaporkan menafikan bahawa pusat sudah memberikan kebenaran kepada kepimpinan negeri untuk berunding bagi mengelak pertembungan tiga penjuru dalam pilihanraya umum.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali juga dilihat membelakangi arahan HARAPAN apabila mengadakan perbincangan dengan PAS, sekalipun Majlis Presiden pakatan pembangkang menolak kerjasama dengan parti Islam itu.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 September 2017 9:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]