Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mat Sabu buka akaun Twitter

18 MEI:  Presiden PAN, Mohamad Sabu, kini mempunyai akaun rasmi Twitter.

Beliau yang bakal mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan menggunakan akaun @MohamadSabu_ dibawah nama MAT SABU dan kini mempunyai sekitar 34,000 pengikut setakat jam 12 tengah hari ini.

Entri pertamanya sekitar jam 10.30 malam tadi.

Dalam entri itu, Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata ia  akan memudahkannya mendekati rakyat melalui media sosial.

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menyokongnya dengan menggunakan hashtag #MajukanMalaysia.

Setakat hari ini, tweet tersebut mendapat 12,000 like, lebih 13,000 retweet dan lebih 1,000 komen.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 May 2018 11:59 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: