Kategori Berita Utama

Mat Sabu jumpa peguam Ahad selepas KDN dedah bukti

12 DIS  :Mohamad Sabu atau Mat Sabu bercadang berjumpa peguam Ahad ini sebelum mengeluarkan kenyataan lanjut selepas Kementerian Dalam Negeri (BN) mendedahkan bukti-bukti mengaitkan beliau dengan Syiah.

Timbalan Presiden PAS itu tetap menafikan beliau anuti fahaman Syiah tetapi mengakui mengkagumi Khomeini dan Hasbullah Syed Hasan Nasrullah.

Beliau enggan mengulas lanjut dan hanya akan berbuat demikian selepas berjumpa peguam Ahad ini.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang media petang Khamis menyenaraikan 10 bukti menggambarkan kaitan Mat Sabu dalam fahaman itu.

rahimksukdn

RAHIM dedah kaitan Mat Sabu dengan Syiah dalam sidang media di KDN.

Dakwaan Mat Sabu pengikut ajaran Syiah disebut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Zahid  Hamidi ketika mengulung perbahasan pada hari akhir Perhimpunan Agung UMNO pada 7 Disember lalu walaupun tanpa menyebut nama orang nombor dua PAS itu.

Rahim berkata berdasarkan maklumat Mat Sabu pernah beberapa kali menghadiri kes pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah,Semanggol Perak pada tahun 2011 yang dikendalikan oleh dua Ustaz fahaman  Syiah.

Beliau juga telah membuat lawatan ke sebuah masjid di Kampong Aluar,Wilayah Satun,Selatan Thai pada tahun 2011 selain membuat kunjungan keatas pemimpin Syiah di situ dan menghadiri majlis ramah mesra mereka.

Dalam ucapan sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Jun 2011,beliau menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorak pemikirannya.

Selain itu, Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisnya di akhbar Harakah pada 15 Julai 2008.

matsabu

TUNGGU…Mat Sabu jumpa peguam Ahad 

Pada 28 Disember di Harakahdaily,ketika mengulas perutusan sempena Hari Krismas bagi penganut Kristian di Malaysia,beliau telah menggunakan  Khomeini sebagai terma untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan.

Mat Sabu kerap melawat Iran dan pernah terlibat dalam penghantaran pelajar Malaysia ke Qom,Iran.

Pendedahan ini berdasarkan temuramah pegawai KDN dengan C N Afghani rakan karib Mat Sabu selama hampir 20 tahun pada 9 Disember 2013.

Berdasarkan temuramah dengan Dr Abdul Aziz Hanafi pada 11 Disember 2013 pula diberitahu Mat Sabu pernah mefazkan salawat sebagaimana diamalkan oleh penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah,Arau,Perlis pada 2005.

Tuan Guru Haji Abdul  Rahim dari Sungai Jagung,Pendang,Kedah mendakwa Mat Sabu adalah seorang penganut Syiah.Beliau mendakwa pernah beberapa kali melihat Mat Sabu tunai solat guna sebiji batu kecil keper di tempat sujudnya.

Ikuti rakaman penuh sidang akhbar KSU KDN berikut-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 December 2013 7:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: