Kategori Berita Utama

Insiden ‘mata lebam’ pembangkang di Dewan Rakyat

Jika ahli-ahli Parlimen pembangkang berpendapat, mereka sajalah yang hebat di Dewan Rakyat sejak penggal Parlimen ke 12 hingga penggal sekarang dan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) mudah mereka ratah, persidangan pada Khamis membuktikan, ‘sepandai-pandai tupai melompat, ke tanah juga akhirnya’.

Bayangkan pada sesi pagi, mereka menguasai Dewan Rakyat dengan hiruk pikuk, menjerit, engkar arahan timbalan speaker dan mengoyak kertas usul seolah-olah Dewan persidangan umpama pasar atau sarkas.

BAYAR TUNAI...pada sebelah petang, kertas usul pembangkang pula dikoyak Ahli Parlimen Paya Besar.

BAYAR TUNAI…pada sebelah petang, kertas usul pembangkang pula dikoyak Ahli Parlimen Paya Besar

Tindak tanduk ituu semata-mata mahu menyelamatkan ahli parlimen PKR Padang Serai, N.Surendran daripada penggantungan, namun pada sesi petang, pembangkang diaibkan pula oleh ahli-ahli  parlimen BN.

Itulah, akibatnya kalau menjolok sarang tebuan kata timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim mengulas insiden ahli-ahli parlimen pembangkang terperangkap jerat sendiri melalui dua usul bertujuan menjatuhkan maruah beberapa pemimpin BN yang dilantik sebagai duta dan penasihat kepada Perdana Menteri.

Usul pertama dibawa ahli parlimen PKR Bayan Baru, Sim Tze Tzin untuk memotong elaun yang dibayar kepada tiga bekas menteri yang kini dilantik sebagai Duta Khas yang keseluruhannya berjumlah RM980,179 setahun.

Mereka ialah Datuk Seri Jamaluddin Jarjis yang dilantik sebagai Duta Khas ke

"USUL HARAM"...Bung Mokhtar memulakan tindakan mencarikkan kertas usul pembangkang.

“USUL HARAM”…Bung Mokhtar memulakan tindakan mencarikkan kertas usul pembangkang

Amerika Syarikat, Tan Sri Ong Ka Ting (Duta Khas ke China) dan Datuk Seri S. Samy Vellu (Duta Khas ke India).

Usul kedua pula dibawa ahli parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh yang mencadangkan supaya gaji lima penasihat khas kepada kerajaan di Jabatan Perdana Menteri dipotong kerana pelantikan mereka bertindih dengan fungsi menteri dan kementerian sedia ada, serta membazirkan wang rakyat.

Bagaimanapun, Fuziah telah memberikan fakta-fakta yang salah tentang mereka dengan mengatakan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil adalah Penasihat Khas Hal Ehwal Wanita, Datuk Seri Noh Omar (Pengerusi untuk negeri Selangor), Datuk Seri Johari Baharom (Penasihat Wilayah Koridor Utara) dan Tan Sri Dr Rais Yatim (Penasihat Khas Sosial dan Kebudayaan) dan ahli parlimen Limbang, Hasbi Habibollah, penasihat pembangunan Sarawak.

Fuziah mendakwa keseluruhan bayaran gaji kepada lima orang penasihat itu berjumlah RM1.6 juta setahun.

Ketika menggulung perbahasan usul pertama selepas dibahaskan wakil pembangkang dan BN, Razali berkata pemberian  elaun kepada ketiga-tiga duta khas itu adalah berdasarkan perjanjian yang ditandatangani setelah pelantikan dikuatkuasakan pada tahun 2011.

“Dalam perjanjian itu ada dinyatakan bahawa semua duta khas yang dilantik diberi penawaran (elaun) dan balasan sewajarnya berdasarkan tugasan yang diberi.

“Sama ada mereka mahu menerima (elaun) ataupun tidak, mereka mempunyai hak, (namun) perjanjian telah ditandatangani,” katanya.

NOH OMAR...soalannya mengenai berapa elaun penasihat MB Selangor tidak dijawap ahli Parlimen PKR Ampang.

NOH OMAR…soalannya mengenai berapa elaun penasihat MB Selangor tidak dijawap ahli Parlimen PKR Ampang

Sebelum itu ketika perbahasan usul berkenaan, ahli parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli dimalukan Noh yang turut mempersoalkan bayaran diterima pemimpin PKR itu daripada kerajaan Selangor sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi di negeri itu.

Bagaimanapun, usul kedua yang dibawa Fuziah dengan kesilapan fakta dan angka ‘memerangkap’ beliau dan ahli-ahli parlimen pembangkang lain yang mahu mempertahankannya.

Antara kesilapan beliau apabila mengatakan jumlah RM1.6 juta dibayar sebagai gaji lima penasihat Perdana Menteri dengan Hasmi menerima RM27,227.70 dan Johari turut menerima jumlah sama.

Razali dalam penggulungan berkata, Hasbi hanya menerima elaun sebanyak RM1, 900 bukan RM27,227.70 , manakala Johari pula menerima RM21,500 bukan RM27,227.70.

RAFIZI...bagai meludah ke langit air liur terkena muka sendiri.

RAFIZI…bagai meludah ke langit air liur terkena muka sendiri

“Usul ini nak diundi atas figure yang mana? Jumlahnya berapa? ini jumlah (disebut Fuziah) yang berbeza. Saya nak beritahu bahawa usul ini  tak boleh kita main andai, bukan jawab lisan bukan soal perbahasan peringkat jawatan kuasa nak beri jawapan, ini membahaskan usul yang Majlis Mesyuarat yang sangat tertentu maknanya kita tak boleh nak setuju,” ujar Razali.

Menyedari kesilapan fakta dibentang Fuziah, beberapa ahli parlimen BN mendesak usul itu ditolak dan ini mencetuskan kekecohan kerana ahli-ahli parlimen pembangkang cuba mempertahankan usul dibawa ahli parlimen Kuantan itu.

Paling berbisa adalah kenyataan ahli parlimen Gerik Datuk Hasbullah Osman apabila mengatakan selama ini beliau menyangka pembangkang hebat berhujah dan faktanya betul tetapi ternyata selama ini mereka banyak berbohong.

Beberapa penyokong BN yang lain turut bangun mempertikai integriti ahli parlimen pembangkang yang kononnya banyak bercakap dan hebat berhujah namun banyak juga perkara dibangkitkan itu tidak betul.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang mencelah menggesa Fuziah dirujuk kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan.

Beliau mendakwa Fuziah membuat kesilapan teknikal dalam menamakan jawatan terperinci lima penasihat yang dimaksudkan dalam usul itu.

Beliau kemudiannya mengisytiharkan usul itu sebagai “usul haram” seperti dilakukan Azmin di sebelah pagi sebelum mengoyak-ngoyakkan kertas usul.

Bung Mokhtar terus menepuk-nepuk meja sambil menjerit “tipu” berulang-ulang kali.

Beliau kemudian meminta rakan-rakan daripada BN berdiri dan mencadangkan usul dibawa Fuziah ditolak sebab usul berkenaan haram dan idak perlu dibahaskan.

Hampir semua ahli parlimen BN bangun menyokong Bung Mokhtar dan ada yang mengoyak kertas usul Fuziah.

Ini termasuk ahli parlimen Paya Besar Datuk Abdul Manan Ahmad yang selama ini yang jarang bercakap di Dewan tetapi beliau bangun dan mengoyak-ngoyakkan kertas tersebut.

Melihat kejadian itu, Rafizi bangun mencelah mengatakan apa dilakukan ahli-ahli parlimen BN itu lawak dan kejadian tersebut akan pergi ke laman-laman youtube selepas tu.

Kenyataan beliau segera disanggah Bung Mokthar dengan merujuk insiden pembangkang mengoyak kertas usul pada sesi pagi.

“ Yang tadi buat lawak jugak apasal tak sentuh? Sebutlah! lagi teruk daripada kita punya lawak. Sebutlah! Berdiri berdiri berdiri. ini usul tipu punya, mana boleh bahas? Kenapa bahas, ni usul haram, haram haram haram, tak boleh, haram haram haram tak boleh, tipu tipu tipu,” katanya dan mendapat tepukan sokongan rakan-rakan BN.

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee kemudian mengusulkan usul itu diundi sama ada ahli-ahli Dewan mahu menerima atau menolak.

Keputusannya usul itu ditolak malah seperti sesi pagi, ketika usul menggantung Surendran, ahli-ahli parlimen pembangkang yang ada di dalam Dewan tidak mengundi berbanding 92 undi dipihak BN ketika undian belah bagi, usul Fuziah juga tidak diundi rakan-rakannya.

Selepas Dewan ditangguhkan, Razali memberitahu BNBBC,MY banyak pengajaran daripada insiden pada persidangan hari ini.

Paling nyata, apa yang berlaku  kepada ahli-ahli parlimen pembangkang pada Khamis cukup memalukan.

Seperti kata ahli parlimen Johor Bharu, Tan Sri Shahrir Samad, ini ibarat ‘mata lebam pembangkang’- .

Ikuti gelagat perbahasan ahli-ahli parlimen BN menentang usul pembangkang di video berikut. – 15/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 November 2013 12:06 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: