Kategori Berita Antarabangsa

Mati disedut mesin MRI

30 JAN: Seorang lelaki dilaporkan mati selepas disedut ke dalam mesin Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di sebuah hospital di Mumbai, India Sabtu lalu.

Ketika kejadian, Rajesh Maru, 32, membawa sebuah silinder oksigen dan menemani salah seorang ahli keluarganya ke bilik MRI di Hospital BYL Nair Charitable.

Mesin pengimbas MRI (foto hiasan).

Menurut saudara Maru, Harish Solanki, seorang kakitangan hospital yang berada di luar bilik MRI memberitahu tiada masalah untuk mangsa membawa silinder oksigen ke dalam bilik tersebut.

“Tetapi sebaik sahaja Maru masuk dengan silinder oksigen berkenaan, ternyata mesin masih hidup.

Tarikan magnet yang kuat dari mesin MRI menyedut mangsa. Kecuaian mereka menyebabkan kematian Maru,” menurut laporan CNA.

Susulan kejadian itu, seorang doktor dan dua kakitangan hospital ditahan untuk membantu siasatan dan pihak hospital turut menyerahkan rakaman kamera litar tertutup.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 January 2018 10:14 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: