Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Maut langgar lori kontraktor meroboh plaza tol

22 FEB: Seorang pengawal keselamatan maut selepas keretanya terbabas akibat berlanggar dengan lori milik syarikat kontraktor yang sedang meroboh Plaza Tol Sungai Rasau, semalam.

Dalam kejadian jam 11.30 malam, Faisal Nor Azlan, 31 yang berkerja di Shah Alam disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan tangan.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superintendan Muhammad Irwani Nooruldin berkata kemalangan itu berlaku kira-kira 1 kilometer dari plaza tol yang menghala ke Kuala Lumpur.

“Mangsa dipercayai memandu laju dan terlanggar bahagian sisi belakang lori yang ketika itu sedang menjalankan kerja pemasangan papan tanda.

“Akibat pergeseran itu, kereta mangsa berpusing sehingga ke lorong paling kiri lebuh raya berkenaan,” lapor BH Online.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 February 2018 10:46 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: