Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Maximus kekal timbalan presiden PBS

Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Datuk Dr Yee Moh Chai masing-masing mengekalkan jawatan timbalan presiden bagi kuota bukan Islam Bumiputera dan Cina, dalam pemilihan Majlis Tertinggi (MT) Parti Bersatu Sabah (PBS), malam Rabu.

Bagaimanapun, penyandang kuota Muslim, Datuk Almudin Kaida kalah kepada bekas Ketua Wanita PBS Senator Datuk Jamilah Sulaiman.

maximusongkiliKeputusan itu diumum oleh Pengerusi Pemilihan PBS Datuk Johnny Mositun.

Ongkili yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, serta Yee yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, masing-masing menghadapi pertandingan satu lawan satu, iaitu Ongkili dicabar oleh bekas Setiausaha Agung parti Datuk Henrynus Amin, manakala Yee ditentang Pembantu Menteri Tugas-tugas Khas Sabah Datuk Edward Yong Oui Fah.

Ini merupakan kali pertama dalam tempoh 18 tahun jawatan timbalan presiden bagi kuota bukan Islam Bumiputera dipertandingkan.-23/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 October 2013 11:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: