Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mayat ahli perniagaan disimen dalam tong

20 MAC : Polis berjaya  enam suspek termasuk seorang wanita warga Thailand di sekitar Lembah Klang pada Rabu malam dan dipercayai dapat membantu selesaikan kes bunuh seorang ahli perniagaan.

Penahan suspek itu membawa  kepada penemuan mayat ahli perniagaan itu yang dibunuh dan mayatnya disimen dalam tong.

Mayat mangsa yang dilaporkan hilang tiga bulan lalu ditemui di dalam tong tersebut yang dicampak di tepi jalan di Bukit Pelanduk, Lukut, Negeri Sembilan kira-kira jam 6 petang.

Mayat simen dlm tongMenurut sumber, penemuan itu berikutan dua daripada suspek terlibat mengaku telah membunuh ahli perniagaan itu.

Suspek terbabit menunjukkan polis lokasi mayat tersebut disembunyikan iaitu di kawasan Bukit Pelandok.

Polis kemudian menemui tong di mana mayat mangsa yang dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras tiga bulan lalu disimen di dalamnya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 March 2014 10:48 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: