Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mayat bangun semula

19 MAC: Pengunjung sebuah Pasar Awam di Sungai Besar kecoh seketika selepas penemuan seorang lelaki dipercayai sudah mati dan terdampar di tepi parit semalam.

Bagaimanapun situasi menjadi dramatik apabila mayat itu bangun meninggalkan lokasi tanpa mengendahkan keadaan sekeliling.

Laporan sebuah portal berita menyebut, lelaki itu dipercayai berada di bawah pengaruh dadah dan tertidur selepas terjatuh ketika cuba mengambil air dari parit berkenaan

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar, Mohd Zulhilmi Mohd Ridzuan berkata sepasukan tujuh pegawai dan anggota bersama jentera dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima aduan pada jam 1.30 petang.

“Setibanya di lokasi, pihak kami bertindak untuk menyelamatkan mangsa.

“Bagaimanapun, lelaki itu tiba-tiba sedar dan bangun lalu beredar meninggalkan lokasi kejadian,” katanya hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 March 2018 6:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: