Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mayat bayi dibuang di masjid

31 JAN: Mayat bayi di pekarangan Masjid Pulau Ketam, Jitra, awal pagi tadi mengejutkan jemaah yang tiba untuk bersolat subuh.

Ia ditemui oleh salah seorang khariah pada jam 5.30 pagi sebelum bertindak menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim dilaporkan mengesahkan penemuan bungkusan kain batik yang mengandungi mayat bayi cukup sifat.

Katanya, hasil pemeriksaan pegawai perubatan yang dipanggil, bayi malang berkenaan dipercayai sudah meninggal dunia 24 jam lalu.

“Mayat bayi di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” kata Ismail.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 January 2018 1:55 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: