Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mayat pendaki Malaysia ditemui

29 OKT: Mayat seorang pendaki rakyat Malaysia yang hilang pada November lalu, ditemui selepas dilaporkan hilang semasa mendaki gunung Damavand di utara Iran, menurut agensi berita IRNA.

Identiti mayat yang dipercayai adalah Ramli Abdul Majid, ditemui oleh sekumpulan pendaki pada Jumaat semasa menuruni gunung itu.

Mereka melaporkan penemuan mayat itu kepada Jabatan Bulan Sabit Merah di bandar raya Amol di wilayah utara Mazandaran yang kemudiannya menghantar pasukan menyelamat.

Sementara itu memetik BH Online, Isteri Ramli, Roslida Ablah, 42, dilaporkan berkata beliau belum menerima sebarang pengesahan daripada pihak termasuk Kedutaan Malaysia di Tehran serta pasukan pencari dan penyelamat berkenaan penemuan mayat itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 October 2017 11:09 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: