Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mayat Wanddy tidak dibawa pulang

10 MEI: Keluarga kepada ketua militan Daesh Asia Tenggara yang mati dibom di Syria tidak bercadang membawa pulang mayat ahli keluarga mereka untuk proses pengkebumian di Melaka.

Menurut kakaknya, Nur Dianna Mohamad Jedi, 28, adiknya, Muhamad Wanddy Mohamad Jedi, 27  pernah menyuarakan hasrat supaya jenazahnya dikebumikan di tempat dia meninggal dunia.

“Biarlah jasadnya dikubur di Syria. Lagi pun sebelum membawa haluan diri selepas kematian ibu pada 2013, Wanndy pernah pesan kebumikan di tempat dia meninggal dunia,” lapor Harian Metro.

Katanya hubungan kekeluargaan antara mereka masih terjalin melalui saluran Facebook.

“Memang dalam hati teringin atau hendak lihat wajahnya buat kali terakhir tapi mustahil, jadi biarlah hanya doa saya mengiringi pemergiannya.

“Kejadian itu juga sudah beberapa hari berlaku, mungkin jenazahnya sudah dikebumikan. Kalau tengok keadaan kereta jasadnya mungkin tidak sempurna,” katanya.

Pada 29 April, Wanndy disahkan terbunuh dalam satu serangan dron di Raqqa, Syria.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata kerajaan tidak berhasrat membawa pulang mayat Wanndy.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 May 2017 1:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: