Kategori Ekonomi

Maybank kini mengaum di Myanmar

3 OGOS : Maybank, bank terbesar di Malaysia dan keempat terbesar di Asia Tenggara dari segi aset membuka lembaran baru dengan pembukaan cawangan pertama di Myanmar, Isnin.

“Cawangan Maybank Yangon mempunyai modal berdaftar sebanyak US$75 juta (RM288.98 juta) dan akan myanmar pagodaberoperasi dengan satu pasukan yang kebanyakannya terdiri daripada rakyat Myanmar sendiri,” kata kenyataan institusi perbankan itu.

Lesen terakhir yang dikeluarkan Bank Negara Myanmar minggu lalu membolehkan Maybank muncul bank Malaysia yang pertama beroperasi di Myanmar.

Cawangan Maybank Yangon akan berkhidmat untuk pelanggan borong dan korporat serta sebagai bank tempatan di Myanmar dengan pelbagai perkhidmatan seperti akaun deposit, pembiayaan modal kerja, pengurusan tunai, perbendaharaan dan penyelesaian pasaran modal.

Secara khususnya, Maybank akan memanfaatkan kepakarannya dalam pembiayaan tenaga, utiliti, minyak dan gas maybank in myanmarserta sektor telekomunikasi, yang juga merupakan  bidang pertumbuhan utama untuk memenuhi keperluan segera Myanmar.

“Kami mahu membina perkongsian yang kukuh dengan bank-bank tempatan dalam bidang perdagangan antarabangsa, antara bank dan pasaran modal, dan juga menarik aset-aset serantau dan keupayaan kami bagi membantu melonjakkan pertumbuhan Myanmar di wilayah ini,” kata Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Maybank, Michael Foong.

Oktober lalu, kerajaan Myanmar meluluskan sembilan lesen bank antarabangsa untuk beroperasi secara terhad, langkah terbesar yang diambil Myanmar dalam usaha membawa masuk modal asing yang sangat diperlukan ekonomi negara yang giat berkembang itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 August 2015 10:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: