Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MB Johor akan pastikan Muhyiddin tumbang

15 APRIL: BN Johor akan berusaha untuk memastikan bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Yassin tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Pengerusinya, Datuk Seri Khaled Nordin.

“Dalam pilihan raya, setiap parti hendak pastikan lawan mereka tidak menang.

“Seperti mana dia hendak pastikan saya kalah, saya juga akan pastikan dia kalah.

“Kita akan pastikan Muhyiddin kalah di semua kerusi yang ditandingi,” kata Menteri Besar negeri hari ini di Johor Bahru.

Terdahulu, dalam satu majlis di Muar malam tadi, Presiden PPBM itu dilaporkan berhasrat bertanding di kerusi DUN Gambir selain mengesahkan bertanding kerusi Parlimen.

Pada malam ini, PPBM yang sedang berdepan pembubaran sementara dijadualkan mengumumkan kesemua calon bagi menghadapi PRU14.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 April 2018 2:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: