Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MB Johor: Kerajaan Pusat-negeri perlu bincang

17 JUN: Kerajaan Pusat diminta mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Johor sebelum mengambil sebarang tindakan membabitkan Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL) dan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE).

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perbincangan berkenaaan memastikan sebarang tindakan diambil tidak merugikan rakyat negeri.

Menurutnya, beliau difahamkan pemegang konsesi EDL dan SDE berdepan risiko muflis.

“Saya yakin kerajaan Pusat memberi perhatian terhadap perkara ini dan saya meminta diadakan perbincangan dengan peringkat negeri berhubung perkara ini.

“Ini bagi memastikan langkah penyelesaian yang akan diambil tidak akan menjejaskan pengguna yang kebanyakannya merupakan rakyat Johor,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2017 anjuran Yayasan Pasir Gudang, Sabtu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 June 2017 1:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: