Kategori Berita Utama

MB Kelantan sudah jumpa Najib

28 NOV: Ketika semua pihak menantikan detik permulaan kerjasama UMNO dan PAS dalam isu berkaitan agama Islam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Ibrahim memulakan langkah kanan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pagi Rabu.

ahmadmbkelantan

AHMAD…sudah jumpa Najib

Pertemuan itu  hasil permintaan Ahmad beberapa bulan lalu dan Najib memberi respons menerima Ahmad kiira-kira sejam di Pejabat Perdana Menteri di Putra Perdana di Putrajaya.

Ditemui media selepas pertemuan tersebut, beliau  mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana sudi meluangkan masa untuk mengadakan pertemuan itu.

Katanya, pertemuan itu adalah lawatan rasmi terhadap Perdana Menteri sempena pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan.

“Sedikit perbincangan biasa antara negeri dan Pusat terutama dalam perkara-perkara yang boleh membantu kita kerajaan negeri. Contohnya berkait dengan infrastruktur dan hal-hal lain untuk kebajikan rakyat,” kata Ahmad.

Menjawab soalan media,  Ahmad perkara politik tidak ada dalam perbincangan tersebut.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menutup Muktamar parti itu minggu lalu menyatakan kesediaan PAS bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha pelaksanaan pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini. –bnbbc,my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 November 2013 11:52 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: