Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MB Negeri Sembilan kawal lalu lintas

18 FEB: Keprihatinan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada rakyat negeri itu terserlah apabila sanggup keluar dari kereta demi memasang pita keselamatan semalam menerima reaksi positif netizen.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Mohamad yang kebetulan melalui Jalan Penghulu Cantik di Seremban, berhenti seketika ekoran kejadian pokok tumbang akibat ribut.

Datuk Seri Mohamad Hasan (tengah) sedang memasang pita keselamatan

Beliau juga dilaporkan mengawal laluan itu selama 10 minit bagi mengelak pengguna melalui jalan berkenaan.

Berikutan itu, beberapa keping foto memaparkan keprihatinan Menteri Besar itu dimuat naik di akaun Facebook Juriyati Mat Jalil sehingga menjadi tular dan dikongsi lebih 200 kali oleh netizen.

Seorang netizen, Rakima Sulaiman Rakima berkata: “Inilah MB yang saya sangat hormati walaupun saya bukan anak Negeri Sembilan,” katanya

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 February 2018 6:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: