Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MB Perak ziarah ADUN PAS

15 FEB: ADUN Gunung Semanggol, Mohd Zawawi Hassan dilaporkan dalam keadaan stabil selepas tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir yang menziarahi wakil rakyat PAS itu hari ini berkata Zawawi sedang menjalani proses pemulihan.

“Alhamdulillah saya dimaklumkan oleh doktor bahawa beliau stabil dan sedang menjalani proses yang perlu dilakukan.

“Bersama-samalah kita mendoakan beliau kembali pulih,” katanya.

Pada Selasa, Zawawi yang juga Setiausaha PAS Perak dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh di dalam bilik air di kediamannya dipercayai akibat hipertensi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 February 2018 2:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: